Thursday 2 June 2016

BESTFRIEND FOREVER

Hello, you all lama tak update blog sebab busy dengan final exam maklumlah tak lama lagi dah nak habis sem 3 so next sem saya dah sem 4 dah. But, bukan itu yang saya nak kongsi dengan you all semua saya nak cerita pasal bestfriend saya dekat kolej. So, saya nak perkenalkan bestfriend saya pada you all semua.

Ini ialah gambar masa kenal sem 1.
Di kiri itu ialah Nizam, Hawa, Wafa,
Fariana, Nurul, Saya dan last sekali Rabiatul

Ni pula masa sem 3 kami baru habis midterm.

Yang ni kami last latihan karate..

So, ini lah bestfriend saya sepanjang saya belajar di kolej. Kami dah kenal hampir 1 tahun 3 bulan banyak cabaran dan halangan yang kami lalui sepanjang belajar di sini. Biar pun kami selalu bergaduh tapi ikatan kami sebagai kawan tak pernah putus sebab kami dah anggap macam adik-beradik sendiri.
Seperti quotes di bawah ini kawan ialah bukan hanya orang yang sentiasa di sisi kita tetapi mereka ialah orang yang paham dengan lebih dalam lagi siapa diri kita yang sebenar.

BESTFRIEND QUOTES THAT MAKE MY DAY........
So, itu sahaja yang saya nak kongsi hari ini hope kita jumpa di hari yang lain..bye you all semua..

Thursday 21 April 2016

Tarian Sumazau Suku Kaum Kadazan-Dusun

Hai, semua hari ini saya nak berkongsi mengenai tarian sumazau suku kaum Kadazan-Dusun yang sangat unik dan menarik kerana penari lelaki dan perempuan memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak yang menarik dengan menggunakan benang berwarna emas.

Pakaian Wanita.

Pakaian Lelaki

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan-Dusun yang amat terkenal di Sabah. Tarian Sumazau merupakan tarian untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi serta untuk menolak bala, menyembah semangat dan mengubati penyakit.Tarian ini ditarikan oleh kaum petani yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong yang biasanya mempunyai 6 buah gong yang berbeza-beza ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.  

Cara menari tarian Sumazau.

Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa. Tarian ini ditarikan dengn kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil. Sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis-majlis jamuan. Namun tujuan asal tarian ini ialah untuk mnyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasanya dilakukan selepas menuai padi.


Sampai di sini sahaja cerita saya hari ini diharapkan dengan adanya maklumat ini anda akan mengenali bagaimana tarian Sumazau ditarikan dan lebih mengetahui lagi budaya yang terdapat di Sabah. 

Makanan Tradisional Suku Kaum Kadazan-Dusun

Shalom semua pembaca blog saya. hari ini saya nak share pula mengenai makanan-makanan bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Makanan-makanan suku kaum Kadazan-Dusun ini memang special sikit sebab lebih kepada sayur-sayuran. Ini disebabkan kebanyakan suku kaum Kadazan-Dusun tinggal di kawasan pendalaman atau di tepi-tepi sungai. Di bawah ini saya senaraikan beberapa makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun. Selamat membaca dan mencuci mata melihat makanan tradisional ini.

1. Tuhau

Ini merupakan batang tumbuhan Tuhau.

Tuhau yang boleh dihidangkan dengan nasi.

Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun yang amat terkenal di Sabah. Nama makanan ini diambil daripada tumbuhan yang dipanggil Tuhau atau nama saintifiknya E. Coccinea. Tumbuhan Tuhau mempunyai bau yang sangat kuat seperti bau seranggan dan tumbuhan ini hidup subur di kawasan hutan hujan terutamanya di Pulau Borneo. Makanan Tuhau sebenarnya merupakan makanan berupa jeruk yang sedap dimakan bersama dengan nasi dan lauk-pauk lain. Ramai yang akan ketagih memakan makanan ini selepas mencubanya banyak kali.

2. Hinava/Hinata

Isi ikan yang dicampur dengan pelbagai bahan.

Hinava atau Hinata juga dikenali sebagai Hinava Ginapan yang merupakan makanan tradisional paling terkenal bagi kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hinava ialah nama makanan bagi suku kaum Kadazan manakala Hinata pula bagi kaum Dusun. Bahan utamanya adalah isi ikan (biasanya ikan Tenggiri dan ikan Yu) yang dicampurkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Isi ikan tidak dimasak tetapi dibersihkan dan dicampur dengan cuka atau perahan jus limau. Isi ikan boleh digantikan dengan makanan laut lain seperti sotong dan udang.

3. Butod

Sejenis ulat yang sedap dimakan.

Butod merupakan sejenis ulat yand boleh didapati di dalam batang pokok Rumbia yangs sedang reput. Ianya juga dikenali sebagai ulat Sagu (dalam Bahasa Melayu) dan ulat Malung (di Sarawak). Ulat ini menjadi makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah dan sering dihidangkan pada hari-hari istimewa seperti Pesta Menuai atau Pesta Makanan. Butod boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu supaya ranggup apabila dimakan. Ulat ini dikatakan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Sekian sahaja dari saya. Kalau ada silap dan salah maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Untuk sebarang pertanyaan sila komen sahaja di bawah ini. Boleh bah kan?Thanks(-_-)..

Sunday 17 April 2016

Tempat-Tempat menarik Di Sabah

Hye,Everyone hari ini saya nak cerita pasal Kota Kinabalu atau KK yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke Sabah di sini saya senaraikan 3 tempat menarik yang perlu anda lawati jika berkunjung di negeri bawah bayu ini. Antaranya ialah;

1.  Taman Kinabalu


Taman Kinabalu terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya anda berkunjung ke sini anda dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat dingin dan berkabus. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri. Selain itu, terdapat sebuah kedai yang menjual hasil kraftangan, pelbagai produk teh sabah dan juga cenderamata untuk dibawa pulang.

2. Desa Cattle Fairy Farm


Desa Dairy Farm terletak di Kundasang atau lebih dikenali di kalangan pelancong sebagai Desa Cattle yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik seolah-olah berada di New Zealand. Sebenarnya Desa Cattle ini adalah sebuah ladang perternakan lembu dan kambing tetapi lembu yang diternak ini bukan jenis lembu biasa, lembu ini daripada baka luar negara, senang cerita jenis lembu yang selalu kita lihat di New Zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan bersaiz agak besar daripada lembu biasa. Cuaca di sini agak sejuk dan berkabus serta yang paling menariknya lanskap ladang ternakan ini umpama senibina ladang ternakan di negara eropah dan berlatar belakangkan pemandangan gunung kinbalu. So, bagi anda yang suka bergambar saya syorkan untuk datang ke sini. 

3. Rumah Terbalik


Anda juga boleh berkunjung ke Tamparuli, Penampang untuk melawat ke satu tempat yang menarik dan sangat unik iaitu Rumah Terbalik. Anda akan berasa seolah-olah berada di dalam sebuah rumah yang terbalik dengan perabot-perabot dan perkakasan rumah yang sangat menarik. Tapi sayang anda tidak boleh mengambil gambar apabila masuk ke dalam rumah tersebut dan setiap kali masuk, anda akan diiringi oleh staf bertugas yang akan guide anda di sekeliling rumah tersebut. Bayaran masuk ialah RM10.60 untuk dewasa dan RM5.30 untuk kanak-kanak serta percuma untuk bayi 3 tahun ke bawah. 

So, saya harap dengan adanya informasi ini akan lebih membantu anda semasa berkunjung ke Sabah. Thank you.