Thursday 21 April 2016

Tarian Sumazau Suku Kaum Kadazan-Dusun

Hai, semua hari ini saya nak berkongsi mengenai tarian sumazau suku kaum Kadazan-Dusun yang sangat unik dan menarik kerana penari lelaki dan perempuan memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak yang menarik dengan menggunakan benang berwarna emas.

Pakaian Wanita.

Pakaian Lelaki

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan-Dusun yang amat terkenal di Sabah. Tarian Sumazau merupakan tarian untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi serta untuk menolak bala, menyembah semangat dan mengubati penyakit.Tarian ini ditarikan oleh kaum petani yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong yang biasanya mempunyai 6 buah gong yang berbeza-beza ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.  

Cara menari tarian Sumazau.

Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa. Tarian ini ditarikan dengn kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil. Sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis-majlis jamuan. Namun tujuan asal tarian ini ialah untuk mnyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasanya dilakukan selepas menuai padi.


Sampai di sini sahaja cerita saya hari ini diharapkan dengan adanya maklumat ini anda akan mengenali bagaimana tarian Sumazau ditarikan dan lebih mengetahui lagi budaya yang terdapat di Sabah. 

No comments:

Post a Comment