Thursday 21 April 2016

Makanan Tradisional Suku Kaum Kadazan-Dusun

Shalom semua pembaca blog saya. hari ini saya nak share pula mengenai makanan-makanan bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Makanan-makanan suku kaum Kadazan-Dusun ini memang special sikit sebab lebih kepada sayur-sayuran. Ini disebabkan kebanyakan suku kaum Kadazan-Dusun tinggal di kawasan pendalaman atau di tepi-tepi sungai. Di bawah ini saya senaraikan beberapa makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun. Selamat membaca dan mencuci mata melihat makanan tradisional ini.

1. Tuhau

Ini merupakan batang tumbuhan Tuhau.

Tuhau yang boleh dihidangkan dengan nasi.

Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun yang amat terkenal di Sabah. Nama makanan ini diambil daripada tumbuhan yang dipanggil Tuhau atau nama saintifiknya E. Coccinea. Tumbuhan Tuhau mempunyai bau yang sangat kuat seperti bau seranggan dan tumbuhan ini hidup subur di kawasan hutan hujan terutamanya di Pulau Borneo. Makanan Tuhau sebenarnya merupakan makanan berupa jeruk yang sedap dimakan bersama dengan nasi dan lauk-pauk lain. Ramai yang akan ketagih memakan makanan ini selepas mencubanya banyak kali.

2. Hinava/Hinata

Isi ikan yang dicampur dengan pelbagai bahan.

Hinava atau Hinata juga dikenali sebagai Hinava Ginapan yang merupakan makanan tradisional paling terkenal bagi kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hinava ialah nama makanan bagi suku kaum Kadazan manakala Hinata pula bagi kaum Dusun. Bahan utamanya adalah isi ikan (biasanya ikan Tenggiri dan ikan Yu) yang dicampurkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Isi ikan tidak dimasak tetapi dibersihkan dan dicampur dengan cuka atau perahan jus limau. Isi ikan boleh digantikan dengan makanan laut lain seperti sotong dan udang.

3. Butod

Sejenis ulat yang sedap dimakan.

Butod merupakan sejenis ulat yand boleh didapati di dalam batang pokok Rumbia yangs sedang reput. Ianya juga dikenali sebagai ulat Sagu (dalam Bahasa Melayu) dan ulat Malung (di Sarawak). Ulat ini menjadi makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah dan sering dihidangkan pada hari-hari istimewa seperti Pesta Menuai atau Pesta Makanan. Butod boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu supaya ranggup apabila dimakan. Ulat ini dikatakan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Sekian sahaja dari saya. Kalau ada silap dan salah maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Untuk sebarang pertanyaan sila komen sahaja di bawah ini. Boleh bah kan?Thanks(-_-)..

No comments:

Post a Comment