Sunday, 17 April 2016

Tempat-Tempat menarik Di Sabah

Hye,Everyone hari ini saya nak cerita pasal Kota Kinabalu atau KK yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke Sabah di sini saya senaraikan 3 tempat menarik yang perlu anda lawati jika berkunjung di negeri bawah bayu ini. Antaranya ialah;

1.  Taman Kinabalu


Taman Kinabalu terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya anda berkunjung ke sini anda dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat dingin dan berkabus. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri. Selain itu, terdapat sebuah kedai yang menjual hasil kraftangan, pelbagai produk teh sabah dan juga cenderamata untuk dibawa pulang.

2. Desa Cattle Fairy Farm


Desa Dairy Farm terletak di Kundasang atau lebih dikenali di kalangan pelancong sebagai Desa Cattle yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik seolah-olah berada di New Zealand. Sebenarnya Desa Cattle ini adalah sebuah ladang perternakan lembu dan kambing tetapi lembu yang diternak ini bukan jenis lembu biasa, lembu ini daripada baka luar negara, senang cerita jenis lembu yang selalu kita lihat di New Zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan bersaiz agak besar daripada lembu biasa. Cuaca di sini agak sejuk dan berkabus serta yang paling menariknya lanskap ladang ternakan ini umpama senibina ladang ternakan di negara eropah dan berlatar belakangkan pemandangan gunung kinbalu. So, bagi anda yang suka bergambar saya syorkan untuk datang ke sini. 

3. Rumah Terbalik


Anda juga boleh berkunjung ke Tamparuli, Penampang untuk melawat ke satu tempat yang menarik dan sangat unik iaitu Rumah Terbalik. Anda akan berasa seolah-olah berada di dalam sebuah rumah yang terbalik dengan perabot-perabot dan perkakasan rumah yang sangat menarik. Tapi sayang anda tidak boleh mengambil gambar apabila masuk ke dalam rumah tersebut dan setiap kali masuk, anda akan diiringi oleh staf bertugas yang akan guide anda di sekeliling rumah tersebut. Bayaran masuk ialah RM10.60 untuk dewasa dan RM5.30 untuk kanak-kanak serta percuma untuk bayi 3 tahun ke bawah. 

So, saya harap dengan adanya informasi ini akan lebih membantu anda semasa berkunjung ke Sabah. Thank you.

No comments:

Post a Comment